Mahir Masak – Minggu Ke-5

14 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis bertarikh 13 Ogos 2026 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menghadiri Minggu ke-5 bagi kelas Mahir Masak Siri yang ke-4.Kelas tersebut berlansung selama satu jam tiga puluh minit bermula dari pukul 9:30 pagi hingga 11:00 pagi. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta wanita dan ianya dijalankan secara dalam talian.

Topik yang dikongsi oleh pengajar pada minggu ke-5 ini ialah cara pembuatan kek chiffon. Antara kandungan pembelajaran pada minggu tersebut ialah:
• Demo Pembuatan Kek Chiffon
• Skop Keselamatan
• Topik Minggu Ke-6
• Kuiz Kahoot
Kami berharap agar apa yang dipelajari sepanjang kelas berlansung dapat dijadikan panduan dan pembelajaran buat peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali